Dosa (makanan)

Tose atau tosai (daripada bahasa Tamil: தோசை dōsai, dikenali di beberapa kawasan di India sebagai dosa) ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama. Tose merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, tose merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Lazimnya, tose dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam atau kari ikan, serta cutni iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili. Tose adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ia diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa. Tose ialah makanan yang juga dikenali dan boleh didapati di negara-negara lain seperti Malaysia, Sri Lanka, Singapura, dan Myanmar.

Dosa (makanan)

Variasi tose masala, tose rava, tose bawang, tose neer
Nama alternatif Thosai, tosai, dosa, dosay, dose, dosai, dhosha
Bahan utama tepung beras dan kacang urad
Kawasan Tamil Nadu, Karnataka, Andhra Pradesh, Kerala,
Tempat asal India